Apr 21, 2017

Renungan Jumaat: Tanda Rezeki Itu Berkat

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...
TANDA REZEKI ITU BERKAT

KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki.

Namun dalam artikel kali ini saya merujuk rezeki kepada pendapatan yang kita perolehi sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji. Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan anak isteri. Ada orang memandang ringan akan isu keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mereka ini tidak sedar wujudnya kaitan langsung antara keberkatan rezeki dengan nasib, kualiti perhubungan, kejayaan anak-anak, dan segala aspek kehidupan..

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat. Pertama, kerana ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu, nombor ekor, pelaburan haram dan seumpamanya. Namun, ada yang tidak menyedari bahawa secara halus rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar upah atau digajikan untuk melakukan sesuatu pekerjaan, atau memikul sesuatu tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Sebaliknya apa yang berlaku ialah pelbagai masalah di tempat kerja seperti curi tulang, datang lewat, malas, kerja tidak mencapai kualiti, melakukan kerja lain sewaktu dalam masa bekerja, main-main, dengki, irihati dan seumpamanya.

Oleh itu eloklah dalam artikel kali ini kita lihat apakah antara tanda-tanda keberkatan rezeki bagi membolehkan kita sama-sama melakukan audit diri atau muhasabah.

* Hati semakin dekat dengan Allah dan Jiwa Tenang

Tanda-tanda yang pertama bahawa rezeki itu berkat ialah hati semakin dekat dengan Allah. Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu sebaliknya ditambah dengan amalan-amalan sunat. Mulut juga sentiasa berzikir dan suka pula membaca dan menelaah al-Quran.

* Pemurah

Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat.

* Jauh daripada kejahatan manusia dan bala

Kalau kita datang lambat, malas, kerja tidak bersungguh-sungguh, hasil kerja tidak berkualiti dan sebagainya, majikan akan menegur, menasihati dan mungkin mengambil tindakan. Namun, gaji penuh tetap diberikan. Majikan tidak pernah mengaudit gaji kita. Misalnya, katalah gaji kita ialah RM1500 sebulan. Disebabkan kita malas maka majikan bayar RM1200 sahaja. Sebabnya, RM300 ringgit itu dipotong atas sikap malas kita itu. 

Sebaliknya, apabila kita malas, majikan tidak pernah memotong gaji bulanan kita. Namun, kita lupa bahawa Allah menjalankan auditnya. Maka Allah tarik sebahagian rezeki itu dengan pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib malang. Bulan ini telefon bimbit hilang, bulan depan kereta pula dipecah orang. Kalau begitulah keadaannya maka eloklah kita audit gaji yang diterima setiap bulan sebab bimbang kalau-kalau itulah punca kepada segala masalah tersebut.

*Happy Long Weekend u all*


Apr 20, 2017

4 Sebab Kenapa FAST AND FURIOUS 8 Kali Ini Lain Dari Yang Lain! MUST WATCH!


Siapa je tak tengok filem arahan F. Gary Gray ni kan? Memang gempak dan boleh bagi korang merasai adrenaline rush yang sangat real! Seperti yang korang tahu, Brian dan Mia memang dah bersara, pasukan Globertrotting yang lain jugak dah menjalankan kehidupan yang normal.
Tapi filem FAST AND FURIOUS 8 kali ni memang penuh dengan persoalan yang takde siapa boleh dapat teka. Kecuali bila lepas tengok sendiri filem ni! Haish apalah konflik yang melanda mereka ni kan?
1. Dom pentingkan perempuan lain dari family sendiri. OMG..
Semua orang tahu yang Dom dengan Letty tengah honeymoon. Tapi..
Seorang wanita iaitu pengganas misteri telah berjaya menggoda Dom kembali ke dalam dunia jenayah yang dia telah tinggal sejak dulu lagi. Krew yang lain juga akan menghadapi ujian yang mereka sendiri tak expect untuk dapat. OMG.. Kenapa pulak ni?!
2. Deckard Shaw team up dengan keluarga Dom untuk bantu mereka
Siapa je tak tahu pasal penjahat paling violent si Deckard Shaw ni kan? Dalam Fast and Furious 7, dia memang jadi musuh ketat utama si Dominic Toretto dan family dia. Memang dia cuba sedaya upaya untuk tumpaskan satu family Dom.
Mereka menyedari mereka perlu pertolongan musuh lama mereka si Shaw ni untuk menyertai mereka dalam pertempuran yang akan menentukan nasib keluarga mereka. Kumpulan itu akan mengambil jalan-jalan di New York, serta berlumba di lokasi area Cuba.
3. Siapa sebenarnya perempuan yang Dom pilih over his family ni? Hmm
Siapa perempuan yg Dom selalu terserempak dekat London, Abu Dhabi dan Cuba ni eh? Dia lah penyebab Dom tak berminat untuk tolong keluarga dia dah.
Perempuan ni ada something ke against keluarga Dom dan Dom cuba untuk lindungi family dia dengan berlakon konon-konon nak team up dengan orang lain. Atau Dom memang ada niat lain terhadap perempuan tu?
Betul-betul plot twist ni!
4. Ikatan kekeluargaan mereka sudah berakhir?
Memang aneh bila Dom berubah untuk mengkhianati keluarga sendiri dengan bersekongkol bersama perempuan pengganas misteri tu. Tapi family Dom tidak berhenti disitu je, mereka cuba sedaya upaya dapatkan Dom balik untuk mengetahui apa yang sebenarnya terjadi.
Filem yang dibintangi oleh artis antarabangsa yang sangat meletop!
Mesti korang tak sabar nak tengok filem FAST AND FURIOUS 8 ni kan? Tambah-tambah lagi dengan adanya pelakon yang gempak macam mereka semua ni! Oh ya, korang juga boleh tengok pra-tonton FAST AND FURIOUS 8 ini mulai 12th April, 2017 dan akan ditayangkan diseluruh pawagam di Malaysia pada 13th April, 2017. Wohoo excited kan?!
Dibintangi oleh:
o    Vin Diesel
o    Dwayne Johnson
o    Jason Statham
o    Michelle Rodriguez
o    Tyrese Gibson
o    Chris Bridges
o    Nathalie Emmanuel
o    Kurt Russell
o    Scott Eastwood
o    Charlize Theron
o    Elsa Pataky
o    Helen Mirren

Apr 19, 2017

KEJOHANAN TEN-PIN BOLING DALAMAN MATRADE 2017

Assalamualaikum semua
Rasa macam cepat minggu nie
Sedar x sedar dah masuk hari Rabu
Hari ini nak share gambar2 semasa sukan dalam kami
First Sukan dimulakan dengan Bowling
 Sampai2 bergambar dengan sebahagian ahli kumpulan
Tahun nie Anum & Hubby dapat satu team
Kumpulan Penghulu Bendahari
Perarakan masuk kumpulan kami 
#inilagiboom
#PB
 Ada gaya bawang putih x
 Ke bawang Merah, hehe
Bergambar je la ya
 Full ahli kumpulan PB
Warna tema kami Oren
 Jam 2pm Game On
 Ini gambar curi2
  Jam 5pm game tamat
Alhamdullilah kumpulan kami dapat Naik Johan
x dan nak bergambar ramai2 sebab ramai dah hilang ... (blk)
Ok next game lain plak ya, kami akan pastikan kami dapat johan ya
#inilagiboom
#PB

Apr 18, 2017

Darters Tegar

Assalamualaikum semua
Selamat Pagi
Hari ini nak share gambar2 last saturday
Kami join Kejohanan Dart MSN
Sampai2 nampak otai dah standby
Pembahagian mengikut undian (KSR Darters)
 Wajib la kena ada gambar kami
Dewan MSN
Tepat jam 10am game on
Jam 2pm round robing tamat, alhamdullilah kami layak masuk winner pool
Naik Johan dalam kumpulan
Jam 3pm memulakan pusingan kalah mati
Pusingan kalah mati berjaya lagi melayakkan diri ke top 16
Utk ke pusingan top 8 kami tewas
perjuangan sampai disini.. hehe belum ada luck nak kalahkan professional semua nie
 Sebelum pulang bergambar dengan sebahagian darters
 Orang2 kuat Darters nie
Walaupun x berjaya ke peringkat seterusnya,
Anum bangga sebab dapat top 16 from 40 team...
Inshaallah kena banyak lagi training ya
Ok jom sambung kerja

Apr 17, 2017

FocusNFilters & PicsArt

Assalamualaikum semua
Selamat Pagi Isnin
Pagi ni nak share gambar2 
yang diedit sendiri hasil daripada viral FocusNFilters & PicsArt
 Tadaaaaaaaaaa ini la hasilnya
 Best sangat app nie
 Time2 free korang boleh cuba
 Ye la Anum pun x mo ketinggalan teknologi kan
Korang harus cuba
Have Fun

Apr 14, 2017

Renungan Jumaat : Beginalah Zaman Memotivasikan Kita

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

BEGINILAH ZAMAN MEMOTIVASIKAN KITA

BERKARYA
Renungan:-
Jika anda mempunyai kedudukan di alam ini, anda adalah satu angka yg mempunyai nilai, ertinya anda harus ikut berganding bahu dan berperanan dalam usaha memakmurkan bumi dan membangun kehidupan umat serta ikut mempersembahkan sebuah karya dan perkhidmatan yg sesuai dengan kemampuan anda. Kemudian kalau begitu, apa balasan yg sesuai bagi orang yg mendengar dan melihat,namun ia tidak bekerja, tidak berkarya dan tidak mempunyai peranan dalam usaha membangun kehidupan umat. Seorang pekerja yg malas akan pekerjaannya, ia hanya tidur makan hukuman yg tepat tidak lain adalah teguran keras dan tidak memberi upah, hal ini dilakukan agar ia insaf dan tersedar dari rasa malasnya tersebut.

Wahai orang yg menginginkan kebaikan bagi diri dan umat, jangan sampai anda menjadi org yg tidak mempunyai nilai sama sekali sehingga anda dilupakan, janganlah anda menjadi seperti barang yg tidak berharga. Cara hidup yg paling remeh dan hina di alam ini adalah manusia yg hanya makan, minum dan tidur. Ia sama seperti halnya telah berada di alam kematian, hanya sahaja ia masih makan dan minum. Ia sama halnya telah berada di alam kubur, hanya sahaja ia masih tertawa dan tidur. Kafilah kehidupan tidak akan mahu menunggu orang-orang yg malas dan lambat, kerana kafilah ini hanya diperuntukkan bagi orang-orang yg aktif berkarya,seluruh kerusi yg ada telah ditempah,waktu tidak akan menunggu siapa pun, dan di dalam kalifah kejayaan dan prestasi tidak ada kerusi bagi orang-orang yg rendah darjatnya dan tidak berguna. 

Maksud Kafilah :-  Pemimpin/Ketua/Idividu

SEMUT DAN KEJAYAAN

Renungan:-
Filosofi hebat semut yg patut kita (manusia) contohi:
SEMUT selalu berkerjasama (Team Work)
Kita perhatikan cara kerja semut, dari mengangkat sebutir nasi hingga memakannya. Sebutir nasi yg cukup berat bagi semut, diangkat beramai-ramai ke tempat mereka. Kemudian mereka akan memakannya pula bersama2. Andai kata ada kawan mereka mengalami kesulitan maka kawan semut yg lain akan datang membantu bukan utk kepentingan peribadi namun utk kepentingan bersama. 
SEMUT saling peduli
Kebiasaanya semut saling bersentuhan (dlm bahasa semut,menegur atau bersalaman) jika bertemu, menandakan bahawa bangsa semut memiliki kepedulian dan sikap keakraban yg tinggi.  Mereka (bangsa semut) merasakan tidak ada yg berbeza di antara mereka. Bayangkan, apa akan jadi jika di persekitaran sekeliling kita, sudah hilang rasa peduli?Jadi sikap semut ini dapat dijadikan pengajaran utk kita MANUSIA menjaga keharmonian,rasa hormat dlm menjadikan iklim pekerjaan yg kondusif.
SEMUT tidak pernah menyerah
Bangsa semut selalu mencari jalan keluar jika terdapat halangan dlm urusan mereka, semut pantang menyerah kalah dalam berusaha.

SEMUT yg selalu bersedia
Pada saat musim kemarau, mereka mengumpulkan persediaan logistik dlm gudang yg dibangun di dalam sarang mereka yg jumlahnya cukup utk ribuan anggota keluarga mereka (semut). Hal ini sebagai bekalan utk mengatasi saat musim hujan yg menyebabkan semut susah mencari makanan di luar sarang. 

SEMUT bijak mencari peluang
Pepatah ada mengatakan “Ada gula Ada semut”. Seekor semut saja tidak pernah berhenti, putus asa, selalu mencuba dan berusaha utk tetap sampai pada matlamatnya. Sementara kita sebagai MANUSIA, yg di katakan makhluk terbaik dilengkapi akal fikiran adalah sebaliknya. Kita seharusnya lebih baik dari semut makhluk kecil tapi sangat produktif tetapkanlah terus berusaha dengan pelbagai cara yg terbaik. 

♥Google+ Followers ♥

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Popular Posts